Thursday, 24 October 2013

DIDIKAN ANAK DI USIA 2-3 TAHUN

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana.

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL 
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.
3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.
4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI 
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL 
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL) 
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.
2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI 
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK 
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE 
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL 
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA 
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


credit to:

http://whenmayend.blogspot.com/2010/06/mengenali-anak-anda-umur-2-3-tahun.html 




Wednesday, 2 October 2013

Petua menambat hati suami..

99 Petua Tawan Hati Suami :)


Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1) Berdoa agar disayangi.

2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.